Sabtu, 21 September 2013

Lawatan ke Taman Negara Pahang

Hari Pertama
Pada 19 September 2013 saya mengikuti rombongan ke Taman Negara  Pahang. Rombongan yang dianjurkan oleh Kelab Simfoni Kasih SMKA Wataniah Jerteh, Terengganu dan diketuai oleh Cikgu Mohd Zaharani b. Omar. Rombongan seramai 36 orang bertolak dari SMKA Wataniah Jerteh pada pukul 8.00 pagi dan sampai  pukul 2.45 petang di Kuala Tembeling, Pahang.


Tiba di Kuala Tembeling


kami menaiki bot pada pukul 3.00 petang bertolak dari jeti Kuala Tembeling ke Jeti Kuala Tahan.Perjalanan ini mengambil masa selama 3 jam meredah jeram dan sungai....ini satu pengalaman yang menyeronokkan ... kami tiba ke tempat penginapan kami pada pukul 6.00 petang.


Tiba di tempat penginapan
Pada sebelah malam pula kami ke Taman Negara untuk mengenali sekitar kawasan Taman Negara,kami juga berkesempatan untuk pergi ke Bumbun tahan iaitu tempat pelancong untuk melihat gerak geri binatang pada waktu malam yang sedang mencari makanan, pihak Perhilitan meletakkan garam untuk menarik perhatian binatang seperti kijang, seladang, rusa, pelanduk dan jenis-jenisnya.

Hari Kedua

Pada keesokkan harinya setelah selesai bersarapan,kami semua pergi ke sebelah Taman Negara pula untuk menikmati suasana keindahan Taman Negara.
Tempat kami bersarapan pagi


Kami meneruskan aktiviti kami menuju ke Lubuk Simpon, disana kami diberitahu bahawa jalan yang kami lalui ialah jalan menuju ke Gunung Tahan. Kami difahamkan bahawa setiap tahun berlaku kemalangan yang meragut nyawa di Lubuk Simpon, disana kami bermain susun batu tinggi-tinggi dan mengikut kretiviti masing-masing.

Bersantai di Lubuk Simpon

Tanpa melenggahkan masa kami terus ke Titian Kanopi (Canopy Walkway), sebelum kami tiba di sana kami terjumpa seekor kijang, kami juga berkesempatan mengambil beberapa keping gambar kijang tersebut... ini amat mengembirakan hati kami semua.... 

Cikgu Zaharani bermain dengan kijang

Tanpa melenggahkan masa kami meneruskan perjalanan ke Canopy Walkway, perjalanan untuk sampai ke sana adalah lebih kurang 1.7km dari pusat pentadbiran Taman Negara. Apabila tiba di sana, kami segera mendaftarkan diri untuk menaiki Canopy Walkway, kami terpaksa menunggu giliran untuk menaiki Canopy Walkway.. Canopy Walkway ini sepanjang 450m..

Menikmati pemandangan dari atas Titian Kanopi

Kemudian kami meneruskan aktiviti kami dengan menaiki bot dan melalui jeram, kami sangat seronok kerana badan dan baju kami basah kuyup... ini satu lagi pengalaman yang berharga buat kami semua..

Menaiki bot yang boleh mengangkut 13 orang

Kemudian kami terus pergi makan tengah hari di restoran yang selalu kami makan, kami makan dengan berselera sekali kerana kami telah kepenatan melakukan aktiviti pada hari tersebut. Kami tidak menghiraukan baju kami yangbasah kuyup..

Sungguh berselera kami makan nasi

Setelah selesai makan, kami terus ke tempat penginapan kami untuk menyimpan baju dan bersiap sedia ke masjid untuk solat, setelah selesai solat kami terus ke tempat penginapan kami untuk mengambil beg dan terus menuju ke bas untuk pulang ke sekolah.. kami berasa penat tetapi seronok..